Welcome to My Little Kedai

Menawarkan barangan yang menjadi idaman semua..bermula dari perkakasan dapur, kek & cuppies, barangan wanita dan banyak lagi..enjoy shopping!!



Monday, May 10, 2010

Barbie Doll Cake- Nur Damia Zulaikha

Ni my first attempt buat kek ni..ordered by my BIL untuk birthday girl. Dah lama plan nak buat,tapi kalau sesajer..memang tak kuasa nak cuba.
Banyak juga surfing & study kat internet..bila dah rasa confident tu ada,terus g cari barang2 kat De'Manis. Siap tanya apa yang tak faham kat tokeh kedai..tokeh tu memang helpful..thank you amoi!!..Kek ni guna 2 resepi choc moist cake.Berat kek almost 3kg. Tengok tangan Barbie tu, macam hebat je posing camtu..he3..Sangat sesuai untuk birthday girl,so kalau sesaper yang teringin nak jadi birthday girl..leh order kek ni dari saya..

* Maaf, gambar kurang memuaskan. Camera ada masalah.

Cupcakes

Cupcakes ordered by regular customer Anita,jiran selang 1 rumah..dia minta fruit cake ( saya tak letak gambar sebab rupanya sama dan takda decorate bagai..) dan cuppies. Saya buatkan choc. moist cuppies..Katanya nak bawa pergi rumah kawan dia yang baru lepas kuar spital. Untung jadi kawan Anita. Masa ambil kek ni malam tadi,dia order carrot cake pula. Just untuk makan2. Dia tak bagi time frame,anytime bila siap,anta jer..memang best deal macam ni.

Kek untuk tahlil

Sempena majlis tahlil, saya buatkan carrot walnut cake dengan decoration ala-ala carrot atas cake..ingat nak letak bentuk carrot je,tapi alang-alang dah pegang piping bag..ada je nak tambah..sampai sarat kek tu..

Carrot walnut cake

Kali ni ordered by kawan..3 biji kek..with simple decoration.

Happy Birthday my little Qasrina Humayra

Birthday Mayra yang ke-1 disambut di Damai Laut,Lumut sempena family gathering..malam sebelumnya,siapkn birthday kek..carrot walnut cake..
Sure ada yang tertanya2,asyik kek yang sama jer..kalau nak ikutkan sejarah..mula2 saya belajar kek dulu(bukan dulu sangat la..)..chocolate moist cake yang saya ulang2 buat..adjust sana-sini..sampai dapat rasa,tekstur yang paling best..dah satisfied,saya try kek lain plak..maka tercipta lah carrot walnut,fruit cake, oreo cheese cake,blueberry cheese dan sekarang tengah dok try new resepi..dah ok,baru saya posted kat blog mylittlekedai ni..
Ni dia keknya..dengan hiasan edible image Upin&Ipin..topping cream cheese..creamy&nyummmmyyyy..

Cerita sedih lepas birthday Mayra, 2 minggu lepas tu..Mayra warded sebab demam, muntah2,cirit2 dan x makan..seminggu jugak la berkampung kat KPJ Selangor. Ni kira kali ke-2 Mayra dok spital dalam setahun..Hopefully pasni takda dah nk dok spital..

My Little Kedai baru lepas renovate..

Tajuk entry macam yer-yer renovate..dah sebulan dok godek2 blog ni.dengan harapan nak tukar layout..tengok layout lama macam serabut jer..sampaikan nak update blog pun tak semangat..tapi apasal ntah,dok error jer..so,awal pagi ni(esok kerja ni,mampu ke nak bangun awal..adusss..) try lagi sekali..tukar layout ke classic template..biar la kan..janji tukar..
Dengan resminya..ceh..ayat dulu kala..pagi ni dah masuk ke kedai baru..tu yang semangat nak hias apa2 yang patut..
Gambar2 kek,kebanyakkan gambar 1-2 bulan lepas..selamat mencuci mata..kalau nak order.jangan lupa sms/call/email saya..

Oreo cheese cake lagi..

Sekali dah try resepi, rasa nak buat banyak kali..dan sambil adjust apa-apa yang terkurang dan terlebih..dan ini my 3rd oreo cheese cake..rasa memang dah perfecttt..separuh dari kek ni saya bagi kawan..
Selain kek ni, saya buatkan carrot walnut cake dengan decoration yang simple.