Welcome to My Little Kedai

Menawarkan barangan yang menjadi idaman semua..bermula dari perkakasan dapur, kek & cuppies, barangan wanita dan banyak lagi..enjoy shopping!!



Monday, May 10, 2010

Barbie Doll Cake- Nur Damia Zulaikha

Ni my first attempt buat kek ni..ordered by my BIL untuk birthday girl. Dah lama plan nak buat,tapi kalau sesajer..memang tak kuasa nak cuba.
Banyak juga surfing & study kat internet..bila dah rasa confident tu ada,terus g cari barang2 kat De'Manis. Siap tanya apa yang tak faham kat tokeh kedai..tokeh tu memang helpful..thank you amoi!!..Kek ni guna 2 resepi choc moist cake.Berat kek almost 3kg. Tengok tangan Barbie tu, macam hebat je posing camtu..he3..Sangat sesuai untuk birthday girl,so kalau sesaper yang teringin nak jadi birthday girl..leh order kek ni dari saya..

* Maaf, gambar kurang memuaskan. Camera ada masalah.

Cupcakes

Cupcakes ordered by regular customer Anita,jiran selang 1 rumah..dia minta fruit cake ( saya tak letak gambar sebab rupanya sama dan takda decorate bagai..) dan cuppies. Saya buatkan choc. moist cuppies..Katanya nak bawa pergi rumah kawan dia yang baru lepas kuar spital. Untung jadi kawan Anita. Masa ambil kek ni malam tadi,dia order carrot cake pula. Just untuk makan2. Dia tak bagi time frame,anytime bila siap,anta jer..memang best deal macam ni.

Kek untuk tahlil

Sempena majlis tahlil, saya buatkan carrot walnut cake dengan decoration ala-ala carrot atas cake..ingat nak letak bentuk carrot je,tapi alang-alang dah pegang piping bag..ada je nak tambah..sampai sarat kek tu..

Carrot walnut cake

Kali ni ordered by kawan..3 biji kek..with simple decoration.

Happy Birthday my little Qasrina Humayra

Birthday Mayra yang ke-1 disambut di Damai Laut,Lumut sempena family gathering..malam sebelumnya,siapkn birthday kek..carrot walnut cake..
Sure ada yang tertanya2,asyik kek yang sama jer..kalau nak ikutkan sejarah..mula2 saya belajar kek dulu(bukan dulu sangat la..)..chocolate moist cake yang saya ulang2 buat..adjust sana-sini..sampai dapat rasa,tekstur yang paling best..dah satisfied,saya try kek lain plak..maka tercipta lah carrot walnut,fruit cake, oreo cheese cake,blueberry cheese dan sekarang tengah dok try new resepi..dah ok,baru saya posted kat blog mylittlekedai ni..
Ni dia keknya..dengan hiasan edible image Upin&Ipin..topping cream cheese..creamy&nyummmmyyyy..

Cerita sedih lepas birthday Mayra, 2 minggu lepas tu..Mayra warded sebab demam, muntah2,cirit2 dan x makan..seminggu jugak la berkampung kat KPJ Selangor. Ni kira kali ke-2 Mayra dok spital dalam setahun..Hopefully pasni takda dah nk dok spital..

My Little Kedai baru lepas renovate..

Tajuk entry macam yer-yer renovate..dah sebulan dok godek2 blog ni.dengan harapan nak tukar layout..tengok layout lama macam serabut jer..sampaikan nak update blog pun tak semangat..tapi apasal ntah,dok error jer..so,awal pagi ni(esok kerja ni,mampu ke nak bangun awal..adusss..) try lagi sekali..tukar layout ke classic template..biar la kan..janji tukar..
Dengan resminya..ceh..ayat dulu kala..pagi ni dah masuk ke kedai baru..tu yang semangat nak hias apa2 yang patut..
Gambar2 kek,kebanyakkan gambar 1-2 bulan lepas..selamat mencuci mata..kalau nak order.jangan lupa sms/call/email saya..

Oreo cheese cake lagi..

Sekali dah try resepi, rasa nak buat banyak kali..dan sambil adjust apa-apa yang terkurang dan terlebih..dan ini my 3rd oreo cheese cake..rasa memang dah perfecttt..separuh dari kek ni saya bagi kawan..
Selain kek ni, saya buatkan carrot walnut cake dengan decoration yang simple.

Thursday, April 8, 2010

Oreo Cheesecake

Sempena harijadi rakan sekerja pada 7 April, entah macamana boleh setuju nak sponsor cheese cake pulak..so, sharp 5pm berdesummm kereta orange ku lagak seperti driver F1 melalui highway Elite sebab nak kejar kedai kek yang kalau ikutkan signage akan tutup pukul 6.30 ptg..sempat balik rumah ambil budak2 yang dah kebosanan dok rumah..

Hajat dihati nak mulakan buat pas Maghrib, tapi si little Mayra asyik mengamuk je nak ikut masuk dapur..so, sempat buatkan base and masukkan dlm peti sejuk..dan 11 malam pas si kecik menidurkan diri..baru la tenang masuk dapur sambil ditemani Hannah yang sibuknya mengalahkan mamanya..dan inilah hasilnya..nyum3..

Friday, March 5, 2010

Happy Birthday Amirul..

Order untuk kawan Hannah. Sebelum ni, untuk abangnya Aiman, ni adiknya pulak.

Carrot cake with cream cheese

Jika sebelum ni, saya buat carrot cake pakai topping buttercream je. Kali ni, guna cream cheese. A very good combination..nyummm..

Sunday, February 21, 2010

Hannah is 3

My 1st daughter dah 3 tahun..cepat je dah besar budak Coro ni..dan saya buatkan Carrot cake with walnut...very moist..untuk topping saya pakaikan buttercream..ingat nak taruh cream cheese..tapi terlupa beli..next round nyer carrot cake,saya hiaskan dengan cream cheese..
Masa decorate kek n,ramai sangat assistant..tu yang pakai taruk jer..janji ada nama Hannah.. Birthday Hannah kali ni, kira sangat untung..sebab saya juga rajin nak buatkan cheese cake juga..blueberry cheese cake..actually, my daughter ni tak heran pun birthday dia bila..tapi alang-alang dok kat dapur..baik saya gunakan dapur sepenuhnya.tengah rajin la katakan..dan inilah hasilnya..

Birthday cake

This cake ordered by my kawan..sempena birthday tunang dia..Untung2..gambar ni terpaksa minta dari dia, coz my camera problem..tapi as per my friend..masa on the way nak celebrate, kat mana ntah budak ni letak kek n..dah jadi cam menara condong dibuatnya..Anyway, thanks Nizar..next time bila kau kawin, kita deal lagi yer..he..he..he..
Chocolate moist cake..

My friend's birthday

Sebenarnya gambar-gambar yang tersiar di blog ni, ada lah gambar yang tersimpan sejak hujung tahun lepas..nak kata tak sempat nak update blog pun boleh jugak la..dan yang paling sedih, ada tu,tengah rajin nak transfer gambar..tiba2 camera not formatted..perggghh..terpaksa delete dan sejak dari itu, terus rajin update blog..nasib la password ingat lagi..iyelah..last update bulan 9 tahun 2009..& saya masih mencari sumber2 yang boleh dikongsi bersama didalam blog MyLittleKedai..
Kali ni, cuppies yang saya buat sempena bday kawan seopis..budak ni,memang satu kepala..giler2 skit.cakap je la apa2 kat dia..muka stone jer..

Cuppies berflavorkan orange dan juga chocolate..yang orange ni, saya masukkan parut kulit orange skali..so, bila makan..nyum2..memang sedap..&makan pun tak tercekik..n cerita pasal tercekik n..pernah sekali,nak try cuppies yang beli kat luar..apperance nampak menarik,tertarik & d bomm..tapi..bila makan,u all penah makan kuih bahulu?ha..macam tu la rasanya..siap pakej tercekik skali..

Wednesday, February 17, 2010

Birthday Haiqal

Kali ni order dari kawan si Coro..Chocolate moist cake deco dengan soccer set..Walaupun players tak cukup,permainan tetap diteruskan. Pengadil plak g ngular..

Upin & Ipin

Ini pula cupcakes untuk birthday..Chocolate moist flavor..

Segalanya bermula disini...

Nak tau..saya sekarang ni dah ada hobi baru. Entah macamana boleh tergerak hati nak buat semua benda ni..actually dari dulu dah ada niat,tapi takda masa yang sesuai..mungkin agak terlambat,tapi bila dah jatuh cinta,macam best-best pula nak teruskan..My 2 little princess pun macam dah bagi restu jer..boleh jaga diri sendiri sambil mamanya melayan hobi barunya..kita mulakan dengan cupcakes yang pertama dari saya...I'm still new!!....
Aikkss...tiba-tiba plak ada tangan & kaki kat tepi kek tu..entah camna, si little coro ada tepi kek tu..kira model kaki & tangan..layannnn...