Welcome to My Little Kedai

Menawarkan barangan yang menjadi idaman semua..bermula dari perkakasan dapur, kek & cuppies, barangan wanita dan banyak lagi..enjoy shopping!!



Wednesday, February 17, 2010

Birthday Haiqal

Kali ni order dari kawan si Coro..Chocolate moist cake deco dengan soccer set..Walaupun players tak cukup,permainan tetap diteruskan. Pengadil plak g ngular..

Upin & Ipin

Ini pula cupcakes untuk birthday..Chocolate moist flavor..

Segalanya bermula disini...

Nak tau..saya sekarang ni dah ada hobi baru. Entah macamana boleh tergerak hati nak buat semua benda ni..actually dari dulu dah ada niat,tapi takda masa yang sesuai..mungkin agak terlambat,tapi bila dah jatuh cinta,macam best-best pula nak teruskan..My 2 little princess pun macam dah bagi restu jer..boleh jaga diri sendiri sambil mamanya melayan hobi barunya..kita mulakan dengan cupcakes yang pertama dari saya...I'm still new!!....
Aikkss...tiba-tiba plak ada tangan & kaki kat tepi kek tu..entah camna, si little coro ada tepi kek tu..kira model kaki & tangan..layannnn...

Thursday, October 22, 2009

Jumpa lagi..

Salam kepada semua pembaca blog MyLittleKedai..dah nak dekat sebulan cuti dari blogging,sampaikan password pun boleh terlupa..ini orang pun ada juga ke?Iyelah..weekend asyik bz dengan open house..weekday pulak bz kerja..( boleh percaya ke??..sendiri mau ingat la..)..Di MyLittleKedai saya masih lagi menerima order especially untuk kek buah kukus.
Last weekend my jiran sms,order for kek buah untuk bagi pada jiran India sempena Deepavali. So, pas abis kukus dalam 4 jam, kuarkan..letak bawah kipas..kasi cepat sejuk. Nak tau kenapa? Start kukus kek pukul 4 petang..so, dalam pukul 8 mlm tutup api..siangnya dah plan nak pergi open house terakhir di bulan Syawal kat Ampang..nak tak nak,I call my jiran..kata terpaksa bagi panas2..kalau nak tunggu kitaorang balik beraya,mau tengah malam kek tu sampai rumah rakan India tu..kek tu fresh from steamer. Malam tu my kek buah kukus berjaya melompat dua pagar rumah, coz rumah jiran India tu selang satu rumah dari rumah I.he..he..he..

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya pada semua pengunjung My Little Kedai..mood cuti still ada lagi ni..sampaikan blog pun cam cuti jer....;)
Anyway timakasih pada pembeli2 semua..
Fyi, semua barangan kat kedai n still open walaupun lepas raya..
Kat bawah ni ada pictures yg sempat diambil before hantar to one of my customer..yang lain tak sempat nak snap...kek buah kukus...